the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN Pahang sita 630 liter minyak diesel subsidi

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang menyita 630 liter minyak diesel subsidi disyaki cuba diseleweng di stesen minyak di negeri itu menerusi Ops Kesan 2.0.

Pengarah berkenaan Jezlily Jamaluddin berkata tiga lelaki turut ditahan disyaki cuba menyeleweng minyak diesel bersubsidi dengan membuat pembelian dan mengisi ke dalam tong minyak dan jerigen melebihi had dibenarkan tanpa permit dalam operasi bermula 5 petang hingga 12 tengah malam semalam.

Beliau berkata KPDN negeri turut mengambil tindakan ke atas sebuah stesen minyak kerana bersubahat membenarkan pembelian minyak diesel melebihi kuantiti dibenarkan tanpa permit sah.

“KPDN Pahang telah memeriksa 45 stesen minyak secara rambang di seluruh negeri dan mengesan dua aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi berlaku di stesen minyak di Kuantan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya tiga kertas siasatan dibuka ke atas dua individu serta stesen minyak berkenaan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Jezlily berkata minyak diesel serta dua Toyota Hilux dan sebuah Toyota Innova bersama peralatan lain yang disita keseluruhan bernilai lebih RM191,000.

Katanya operasi melibatkan 27 anggota penguat kuasa KPDN seluruh negeri itu susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang berkuat kuasa hari ini bagi memastikan aktiviti penyelewengan bahan api itu di stesen minyak dapat dibendung.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings