the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin

BUTTERWORTH: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil maklum cadangan untuk mengembalikan semula nama asal Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tun Omar Ong Yoke Lin di Dengkil, Selangor yang ditukarkan ke SJKC Gamuda Cove.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.

“Kita mempunyai proses yang perlu diikuti, dan setakat ini saya tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang sukar. Malah, kita sentiasa mendengar pandangan yang dikemukakan.

“Kami akan memberi perhatian terhadap cadangan ini… Ada pandangan yang disuarakan, dan kami mendengarnya serta mengambil maklum,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Khazanah Reformasi Walk di Seberang Jaya, hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap merasmikan sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur, berkata bahawa beliau akan membawa cadangan untuk mengembalikan nama SJKC Gamuda Cove, kepada nama asal iaitu SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke mesyuarat Kabinet.

Pengerusi BN itu menjelaskan bahawa tersebut yang dikemukakan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, tidak berkaitan isu perkauman, sebaliknya, ia bertujuan mengekalkan nama asal sekolah tersebut yang telah diluluskan pada 2017.

Dalam dalam ucapannya, Wee berkata nama pengasas MCA iaitu Tun Omar telah diluluskan oleh bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 26 Okt 2017, bagaimanapun nama tersebut digugurkan ketika majlis pecah tanah untuk pembinaan SJKC Gamuda Cove pada 4 Dis lepas.

Tun Omar Ong adalah pengasas MCA dan tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan, selain merupakan menteri dalam Kabinet Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings