the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPT tidak pernah abai pendidikan anak Orang Asli, sedia ruang komuniti itu lanjutkan pelajaran

GUA MUSANG: Kementerian Pengajian Tinggi tidak pernah mengabaikan pendidikan masyarakat anak Orang Asli, khususnya dalam pelbagai bidang di Pusat Pengajian Tinggi Awam (PPTA) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kementerian sentiasa menyediakan ruang dan peluang kepada anak komuniti Orang Asli untuk melanjutkan pengajian di PPTA dan dalam bidang TVET di seluruh negara.

Beliau berkata kadar kemasukan anak komuniti berkenaan ke pusat pengajian tinggi sentiasa meningkat setiap tahun.

“Seramai 482 anak Orang Asli yang tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia berjaya menerima surat tawaran melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di PPTA di seluruh negara.

“Pendidikan untuk masyarakat Orang Asli bermula seawal usia kanak-kanak dengan membuka kelas pendidikan prasekolah, tadika, sekolah rendah seterusnya sekolah menengah di kawasan berhampiran penempatan mereka bagi memastikan anak Orang Asli tidak tercicir dalam pendidikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zambry berkata komitmen kerajaan adalah untuk memastikan hak semua kaum, termasuk Orang Asli, untuk mendapatkan pendidikan yang baik pada peringkat menengah dan tinggi akan terus diperjuangkan tanpa mengira bangsa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings