the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPWKM akan siasat aduan pihak ambil kesempatan terhadap kanak-kanak – Noraini

IPOH: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyiasat sebarang aduan berkenaan tindakan mana-mana pihak yang didakwa mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata tindakan sewajarnya akan diambil mengikut undang-undang yang diperuntukkan di bawah kementerian itu sekiranya pihak terbabit didapati bersalah.

“Kita belum menerima apa-apa aduan tetapi kalau setakat ini, sekiranya ada yang mengadu kepada kami, kami akan ambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang bersesuaian di bawah kementerian.

“Apa-apa yang di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di bawah akta yang bersesuaian, insya-Allah kita akan melihat satu kes ke satu kes, tidak kira kes berkaitan apa,“ katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes tular menerusi laman sosial baru-baru ini berkenaan gerakan sebuah syarikat dalam negara yang menggunakan rumah kebajikan anak-anak yatim untuk menempatkan anak-anak ahli mereka.

Sementara itu, Noraini berkata KPWKM akan menjalin kerjasama dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk menjadikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) sebagai ahli Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak.

“Kita masih lagi dalam perbincangan, tetapi kita ada satu program Community Based Organization (CBO), yang itupun kita memang secara langsung terlibat dan bekerjasama dengan semua ketua kampung dan penghulu-penghulu.

“Bagi program yang terus berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak ini, ia masih dalam peringkat perbincangan akhir untuk kita melibatkan mereka (JPKK dan JPKKP) bersama,“ katanya.

Noraini berkata sejak Januari hingga Mei lepas, sebanyak 288 kes melibatkan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan telah direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak.

Beliau berkata untuk tahun ini juga, seramai 383 pegawai pelindung dan pegawai akhlak lantikan tetap serta 280 lagi lantikan kontrak telah ditempatkan semua pejabat kebajikan di seluruh negara termasuk 43 pegawai pelindung dan pegawai akhlak diletakkan di Perak.

“Saya menyeru bagi pihak kementerian agar komuniti dan kanak-kanak sendiri boleh menjadi mata serta telinga kepada pihak kerajaan. Kita pun boleh membantu memupuk satu sikap ambil peduli dalam kita membantu melaporkan nasib golongan yang memerlukan kepada KPWKM,“ katanya.

Noraini berkata setakat bulan lepas, sebanyak 98 sekolah dengan sejumlah 33,250 peserta telah terlibat dengan program advokasi perlindungan kanak-kanak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

60,000 Accountancy and Corporate Finance Professionals to Be AI-Ready Over Three Years

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) and the Infocomm Media Development Authority (IMDA) officially launched the AI Fluency Programme, AIxAccountancy, today.

ISCA Accountants Move Beyond the Numbers to Help Singaporeans Navigate Life’s Financial Decisions

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) launched Life & Money Matters, a nationwide community initiative that aims to help Singaporeans make informed financial decisions with confidence throughout every stage of life.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings