the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 27, 2026
24.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lebih 1,100 program advokasi keganasan rumah tangga dilaksanakan tahun lalu

KPWKM laksanakan 1,131 program advokasi keganasan rumah tangga pada 2024, libatkan 154,241 peserta seluruh negara.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,131 program advokasi keganasan rumah tangga telah dilaksanakan sepanjang tahun lepas, melibatkan 154,241 peserta di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata program itu termasuk penganjuran Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita (EVAW) yang disambut setiap 25 November.

Beliau menegaskan KPWKM komited menangani kes keganasan rumah tangga menerusi pendekatan menyeluruh dengan kerjasama strategik pelbagai agensi dan lapisan masyarakat.

“Kempen EVAW turut dilaksanakan di peringkat negeri melalui inisiatif Santuni Kasih@KRT, sebagai usaha menyeluruh meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu ini,” katanya di Dewan Rakyat.

Nancy berkata sehingga 2025, sebanyak 126 program telah dilaksanakan dengan penyertaan lebih 80,000 peserta di seluruh negara.

Beliau menjawab soalan Teresa Kok (PH-Seputeh) mengenai perancangan kerajaan dalam melaksanakan kempen kesedaran antikeganasan rumah tangga.

Soalan itu timbul susulan kajian mendapati 53.35% rakyat Malaysia menganggap keganasan rumah tangga sebagai reaksi normal terhadap tekanan harian.

Nancy berkata KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita menyediakan pelbagai program termasuk perkhidmatan kaunseling dan program psikopendidikan.

Antara program tersebut ialah Program Advokasi Kesejahteraan untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga (Aku Wanita@KRT), Program Matahari dan Program IRIS.

JPW turut menubuhkan Skuad Waja yang dianggotai sukarelawan di peringkat komuniti untuk memperkasakan masyarakat dengan bimbingan psikososial.

Skuad itu juga menjalankan aktiviti meningkatkan kesedaran mengenai jenayah serta keganasan terhadap wanita.

Menjawab soalan tambahan mengenai kerjasama antara agensi, Nancy berkata Jawatankuasa Kerja Advokasi dan Pembangunan Kapasiti (JKAPK) berperanan menyelaras maklumat dan statistik kes.

JKAPK beroperasi di bawah Jawatankuasa Keganasan Rumah Tangga (JKRT) dan menghubungkan agensi berkaitan.

Bagi menangani kitaran pascatrauma susulan keganasan rumah tangga, kementerian melaksanakan pendekatan menyeluruh termasuk program advokasi di institusi dan sekolah.

Program advokasi di sekolah sehingga kini telah mencapai sasaran pelaksanaan di lebih 300 sekolah setahun.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories