the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
24.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JPPKK garis 13 iltizam hadapi cabaran TVET masa depan

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) perkenal 13 iltizam untuk reformasi TVET, termasuk penjenamaan PTE dan pengantarabangsaan.

JASIN: Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menggariskan 13 iltizam untuk mendepani cabaran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) masa kini dan akan datang.

Ketua Pengarahnya, Dr Shamsuri Abdullah, berkata tahun ini merupakan fasa penting untuk meletakkan semula kedudukan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) menerusi pengenalan Pendidikan Teknikal dan Profesional (PTE).

Antara iltizam penting yang dikemukakan ialah penjenamaan POLYCC sebagai pelopor PTE dan pemerkasaan kolej komuniti.

Iltizam lain termasuk perundangan POLYCC, pembudayaan konsep pengoptimuman dan penggabungan, serta dasar tiada pelajar yang ketinggalan.

Memperhebat pengantarabangsaan juga antara fokus utama dalam kerangka tindakan baharu itu.

“Iltizam berkenaan ialah kompas dan kerangka tindakan yang perlu dilaksanakan warga POLYCC ke arah hala tuju baharu,” katanya.

Beliau menegaskan agenda itu bertujuan mengangkat reputasi TVET selaras dengan amalan negara maju.

Iltizam tersebut ialah sebahagian daripada agenda transformasi JPPKK menerusi tema ‘Reformasi POLYCC Memacu Lonjakan TVET Negara’.

Tema itu dilancarkan sempena Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK) 2026 di Politeknik Merlimau Melaka.

Dr Shamsuri menyeru warga POLYCC berani membebaskan diri daripada zon selesa.

Beliau menekankan keperluan melaksanakan reformasi yang berfokus, berdisiplin, serta berasaskan fakta.

Matlamat akhirnya adalah bagi memastikan POLYCC kekal sebagai penyumbang terbesar tenaga kerja mahir negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings