the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 22,000 peniaga daftar bawah program ReDI – Armizan

PAPAR: Sebanyak 22,368 peniaga di seluruh negara telah berdaftar di bawah Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) sejak ia dilancarkan pada Ogos 2022 hingga Mei tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata jumlah berkenaan melebihi sasaran 15,000 peniaga seperti yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Dalam tempoh 1 Jan hingga 31 Mei tahun ini pula, sebanyak 3,229 peniaga di seluruh negara berdaftar di bawah ReDI. Daripada jumlah itu, Sabah merekodkan 1,120 peniaga dan Sarawak (1,799),“ katanya selepas Majlis Pelepasan Program Kembara ReDI peringkat Zon Sabah di sini hari ini.

Armizan berkata KPDN telah menganjurkan Kembara ReDI selama 10 hari bermula 26 Jun dengan lokasi pertama di Sematan, Sarawak dan dijadual berakhir pada 5 Julai di Tawau, Sabah.

Beliau berkata penganjuran Kembara ReDI Borneo 2025 merupakan langkah proaktif KPDN dalam usaha memberi pendedahan kepada peniaga luar bandar berhubung pengoperasian perniagaan berkonsepkan digital.

“Fokus utama adalah penggunaan kemudahan e-dompet dalam urusan pembelian dan mewujudkan ekosistem masyarakat tanpa tunai di seluruh negara termasuk di luar bandar.

“ReDI menawarkan pengurusan kewangan yang efisien, peluang perkembangan perniagaan, kepelbagaian pilihan pembayaran dan juga pengurusan inventori berkesan yang boleh dimanfaatkan para peniaga,“ katanya.

Armizan berkata usaha berkenaan dilaksanakan melalui sokongan dan kerjasama rakan strategik seperti Bank Negara Malaysia (BNM), PayNet dan pelbagai syarikat penyedia e-dompet yang berdaftar .

“Setakat lima hari Kembara ReDI Borneo 2025 berlangsung, jumlah peniaga berdaftar bagi negeri Sabah dan Sarawak adalah sebanyak 3,708 orang,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings