the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal dihanyutkan arus di Felda Kerteh 3

DUNGUN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal yang ditunggangnya dihanyutkan arus ketika cuba menyeberang laluan utama yang dinaiki air di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 3, dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir yang mengesahkan kejadian sekitar pukul 5 pagi semalam itu berkata lelaki berkenaan yang berumur 36 tahun bersama dua rakannya memasuki kawasan ladang itu pada hari Sabtu sekitar pukul 5 petang.

Beliau berkata dalam perjalanan pulang, dua rakannya berjaya menyeberang jalan yang dinaiki air dengan menaiki lori, namun motosikal yang ditunggang lelaki itu tiba-tiba dihanyutkan arus deras sebelum terus hilang.

“Rakannya yang menyedari kejadian itu cuba membantu, namun mangsa kemudiannya tidak lagi kelihatan,“ katanya.

Maizura berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan pada pukul 7 pagi tadi melibatkan agensi daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta bantuan penduduk kampung,” katanya dan menambah motosikal lelaki itu telah ditemukan di sekitar lokasi kejadian.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Powerwell proposes 116.1m bonus warrants to reward shareholders

The power distribution equipment manufacturer is rewarding shareholders with a five-year bonus warrant exercise that could also provide the group with additional working capital upon warrant conversion, without incurring borrowing costs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings