the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki nyaris maut selepas kenderaan terjunam ke dalam gaung

SIBU: Seorang lelaki nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terjatuh ke dalam gaung di Jalan Temalat, Song malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Albrinz Juki, 34, dari Kapit hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.40 malam sebelum mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song ke lokasi kejadian.

“Mangsa berjaya keluar dari kenderaan sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian. Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada operasi penyelamatan dijalankan. PKO hanya membuat pemantauan bagi memastikan keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke hospital berdekatan bagi menerima rawatan.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya Ambrose Abong dalam satu kenyataan memaklumkan laluan berkenaan merupakan kawasan yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh dan sedang dalam proses pembaikan.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati dan bersabar ketika melalui kawasan terbabit.

“Saya ingin menyeru kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi had laju dan had muatan yang telah ditetapkan. Pematuhan ini penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, terutama di kawasan yang berisiko,” katanya selepas melakukan lawatan ke lokasi kejadian pagi tadi.

Ambrose turut menggesa pengguna jalan raya supaya mengutamakan keselamatan diri serta pengguna jalan lain terutamanya ketika melalui kawasan yang masih dalam proses pemulihan infrastruktur.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings