the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia komited kukuh kerjasama ekonomi, teknologi dengan Afrika Selatan – PM Anwar

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

PM Anwar Ibrahim tandatangani MoU kerjasama ekonomi, teknologi, semikonduktor dan pendidikan dengan Afrika Selatan sempena lawatan G20

JOHANNESBURG: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia komited memperkukuh kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Afrika Selatan termasuk dalam sektor semikonduktor.

Beliau berkata Malaysia bersedia memuktamad dan menandatangani beberapa dokumen penting termasuk memorandum persefahaman (MoU) merangkumi kerjasama ekonomi dan industri, halal, pertanian, tenaga hijau, teknologi, penyelidikan, serta pendidikan termasuk pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dengan Afrika Selatan.

Selain itu, turut dilihat ialah mengeratkan kerjasama pertahanan dan perdagangan termasuk daging lembu serta dalam bidang sains dan inovasi, kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

“Saya turut menawarkan ruang dan insentif di MY Integrated Circuit (IC) Design Park kepada syarikat dari Afrika Selatan untuk menyertai rantaian nilai semikonduktor Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan selepas kunjungan hormat dengan Presiden Republik Afrika Selatan Matamela Cyril Ramaphosa di sini, hari ini. 

Anwar juga berkata beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Afrika Selatan sebagai negara benua Afrika pertama yang memegang tampuk kepresidenan Kumpulan 20 (G20). 

“Kami turut menekuni kemajuan dan tahap hubungan dua hala susulan lawatan rasmi Presiden Ramaphosa ke Putrajaya pada Oktober yang lalu,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata tema “Solidarity, Equality, Sustainability” (Solidariti, Kesaksamaan dan Kemampanan) selari dengan fokus Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, dengan penumpuan khusus kepada usaha memperkukuh daya tahan bencana, kestabilan hutang, serta pendanaan peralihan tenaga yang adil dan mampan. 

Beliau kini berada dalam rangka lawatan kerja empat hari bermula semalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Johannesburg sebagai tetamu Ramaphosa.

Perdana Menteri diundang menghadiri sidang kemuncak G20 yang bermula easok (22 November) sehingga 23 November itu atas kapasiti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Anwar turut diiringi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa, pegawai kerajaan Malaysia serta delegasi perniagaan.- Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings