the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia, Singapura buka semula perbincangan mengenai isu-isu yang berlarutan – PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Singapura akan membuka semula perbincangan mengenai isu-isu yang telah lama berlarutan seperti isu pembekalan air, persempadanan maritim dan ruang udara.

Beliau berkata susulan langkah itu, pasukan teknikal akan membincangkan perkara-perkara berkenaan parameternya.

“Ini adalah isu-isu yang kompleks dan pendirian kami sudah tentu, seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri (Singapura) Lawrence Wong, untuk menanganinya secara holistik, supaya kita dapat lihat beberapa perkara yang dituntut oleh Singapura dan yang dituntut Malaysia – harus dipertimbangkan sepenuhnya, dan penyelesaian muktamad harus menjadi keputusan menang-menang untuk semua pihak,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Lawrence Wong selepas mesyuarat delegasi sempena Pemukiman Pemimpin Ke-11, di sini hari ini.

Anwar berkata eksport tenaga elektrik Sarawak ke Semenanjung Malaysia dan Singapura turut dibincangkan dengan rakan sejawatannya itu.

— Lagi

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings