the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 1, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 791 orang, Melaka pulih sepenuhnya

Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 791 orang, manakala situasi di Melaka pulih sepenuhnya dan Johor merekodkan penurunan.

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan peningkatan mendadak petang ini.

Situasi di Melaka pulih sepenuhnya manakala Johor merekodkan penurunan.

Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 791 orang daripada 204 keluarga setakat 4 petang ini.

Angka itu berbanding 348 orang yang dilaporkan pada pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan mangsa terlibat dari beberapa kawasan sekitar bandar raya Kuching.

Kawasan terbabit termasuk Taman Desa Wira, Kampung Sinar Budi Baru, Kampung Sungai Batu, Kampung Surih Iban, Taman Malihah dan Kampung Sejijak.

Enam pusat pemindahan sementara masih aktif di negeri itu.

Sementara itu, di Johor, jumlah mangsa banjir di daerah Segamat berkurang kepada 136 orang daripada 37 keluarga.

Jumlah itu menurun berbanding 159 orang yang dilaporkan pada pagi tadi.

Lima pusat pemindahan sementara masih beroperasi di daerah tersebut.

Pengerusi JPBN Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata PPS terbabit ialah Balai Raya Kampung Batu Badak, Dewan Serbaguna Kampung Tasek, Balai Raya Kampung Sanglang, Balai Raya Kuala Paya dan Dewan Serbaguna Kampung Tandong.

Beliau berkata dua sungai di Segamat masih melepasi paras bahaya.

Sungai terbabit ialah Sungai Muar di Buloh Kasap dengan bacaan 9.17 meter dan Jeti Sungai Tekam, 4.06 meter.

Dua jalan pula ditutup sepenuhnya akibat kejadian bencana.

Jalan Felda Tenggaroh 3 di Mersing ditutup susulan kejadian cerun runtuh.

Jambatan Kesang-Sungai Rambai di Tangkak pula ditutup akibat kerosakan struktur.

Di Melaka, situasi banjir pulih sepenuhnya.

Pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Jasin ditutup pada 2.03 petang.

Penutupan itu dibuat selepas semua 36 mangsa daripada lapan keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories