the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Maritim Selangor tahan kapal pasir berlabuh tanpa kebenaran

SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan sebuah kapal pasir yang berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 0.4 batu nautika tenggara jeti Sungai Kembung di Pulau Indah, Klang pada 2.18 pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata pihaknya menerima aduan berkenaan kapal pasir tersebut yang didakwa berlabuh di lokasi itu sejak beberapa hari lepas sebelum menggerakkan bot ronda Maritim untuk membuat pemeriksaan.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati kapal berkenaan dikendalikan lapan individu lelaki warga asing berumur antara 30 hingga 65 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kapal itu dikendalikan oleh nakhoda berumur 36 tahun bersama seorang kru, kedua-duanya warga Indonesia manakala enam yang lain merupakan warga China berumur antara 30 hingga 65 tahun.

“Mereka juga gagal mengemukakan dokumen kebenaran untuk bersauh dan kesemua mereka dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Muhaimin berkata kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Reassessing the Indus Basin water debate

Pakistan's recent water scarcity claims in the Indus Basin are contradicted by its own hydrological data showing abundant inflows and high downstream flows.

‘Rest N Go’ operator RNG Tech draws strong investor demand for IPO

Malaysia's largest vending massage chair operator, RNG Tech Bhd, is set to debut on Bursa Malaysia's ACE Market on July 7 after raising RM16.4 million from an IPO oversubscribed 7.8 times. The group commands a 66.2% market share and runs 5,611 chairs across five regional markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings