the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mb johor dan menteri kesihatan bincang isu kekurangan petugas kesihatan

KUALA LUMPUR: Isu kekurangan petugas kesihatan di hospital-hospital utama Johor akan dibincangkan dalam pertemuan antara Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad petang ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyatakan bahawa isu ini telah dibangkitkan oleh Onn Hafiz dalam perbincangan mereka malam tadi.

“Isu berkaitan petugas kesihatan akan dibincangkan petang ini, insya-Allah, kita sudah ada beberapa cadangan penyelesaian yang akan diusulkan,“ katanya selepas merasmikan AHIBS-ACT 2025 anjuran Azman Hashim International Business School (AHIBS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Semalam, Onn Hafiz mendedahkan bahawa seorang jururawat di Johor terpaksa mengendalikan 10 hingga 14 pesakit dalam satu syif, jauh melebihi nisbah ideal 1:6 atau maksimum 1:8.

Beliau menyifatkan keadaan ini sebagai membimbangkan kerana ia bukan sahaja menjejaskan moral petugas kesihatan tetapi juga kualiti rawatan pesakit. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Ex-PM aide Abalos gets 24 years for corruption

A Spanish court sentenced former top aide to PM Sanchez to 24 years for graft, deepening political crisis.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings