the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago

KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Setiausaha Agung PKBM Arif Astaman berkata The Pocket Rocketman tidak melepaskan tanggungjawabnya terhadap skuad kebangsaan walaupun fokus utamanya buat masa ini adalah untuk menamatkan pengajian Ijazah Sains Senaman Klinikal di Melbourne, Australia.

Arif berkata sekiranya Mohd Azizulhasni, 36, bersetuju untuk kekal dalam Program Podium, beliau akan diberikan sasaran untuk melayakkan diri ke Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Santiago, Chile pada Oktober 2025.

“Datuk Azizulhasni masih mempunyai peranan yang besar, khususnya pada pasukan pecut sebagai pemula, beliau masih lagi mempunyai kelebihan…Walau pada usia itu, masih menjadi taruhan utama. Namun, kita sedang perhalusi acara yang sesuai untuknya.

“Kita akur dengan umur dan fokusnya untuk pelajaran, tetapi akan cuba untuk membantu sedaya mungkin. Beliau akan diberikan KPI (petunjuk prestasi utama) seperti atlet lain dalam Program Podium, antaranya kelayakan ke Kejohanan Dunia,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa kerja bersama MSN di sini hari ini.

Minggu lepas, Azizulhasni, juara dunia keirain 2017 mengesahkan beliau tidak akan beraksi pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2025 yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai pada Februari kerana mahu menumpukan kepada pelajarannya, selain masih belum membuat keputusan mengenai kejohanan lain.

Untuk layak ke Kejohanan Dunia, Mohd Azizulhasni perlu mengumpul mata ranking menerusi kejohanan yang diiktiraf Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) termasuk Piala Negara-negara dan Kejohanan Asia.

Sementara itu, Arif berkata seorang pelumba trek kebangsaan akan digugurkan daripada Program Podium tahun depan kerana tidak mencapai KPI ditetapkan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings