the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 24, 2026
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

MPJ perkasa produk dan promosi pelancongan Jasin sempena TMM2026

MPJ pertingkat daya tarikan pelancongan Jasin termasuk Laman Tiga Budaya dan Cruise Sungai Kesang bagi sambut Tahun Melawat Malaysia 2026

JASIN: Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mempergiat usaha memperkukuh produk dan promosi pelancongan daerah itu sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) dan Tahun Melawat Melaka 2.0.

Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata tumpuan utama adalah mempertingkatkan daya tarikan pelancongan sedia ada.

Lokasi yang diberi penekanan termasuk Laman Tiga Budaya, kawasan bersejarah dan rumah tradisional yang mempunyai nilai budaya dan sejarah.

“MPJ juga akan bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka bagi pembangunan produk pelancongan Cruise Sungai Kesang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Komuniti MADANI MPJ sempena Sambutan Ulang Tahun Perbandaran Jasin ke-19.

Muhammad Zahiruddin menambah MPJ mempergiat promosi dan kerjasama strategik bersama agensi serta pemain industri pelancongan.

Pihaknya juga memberikan perhatian kepada pengukuhan produk gastronomi tempatan memandangkan makanan menjadi faktor utama kunjungan pelancong.

“Banyak lokasi yang tular dan telah menarik banyak orang datang ke Melaka, terutamanya di daerah ini untuk menikmati pelbagai jenis hidangan.”

Beliau berkata Jasin mempunyai hotel sederhana, inap desa dan penginapan komuniti yang berpotensi untuk dipromosikan.

Sementara itu, Program Komuniti MADANI mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Program itu memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat serta perkhidmatan secara terus berkaitan cukai taksiran dan lesen perniagaan.

“Program ini memberi ruang kepada masyarakat menyuarakan pandangan dan keperluan mereka supaya perkhidmatan PBT dapat ditambah baik,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories