the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Paras air Empangan Air Itam di tahap ketiga kritikal – Chow

GEORGE TOWN: Paras takungan air di Empangan Air Itam di sini dikesan mencecah tahap ketiga kritikal dengan bacaan 30.8 peratus hari ini dan mampu bertahan hingga 30 hari sahaja lagi jika masih tiada hujan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata sepanjang April ini, empangan itu hanya menerima hujan sebanyak 22.5 milimeter (mm) sahaja berbanding sepatutnya 300mm sebulan.

“Hujan lebat di beberapa kawasan di negeri ini tidak membantu meningkatkan paras Empangan Air Itam yang kini mencatat tahap ketiga kritikal kerana hujan tidak turun di kawasan tadahan air tersebut sebaliknya ia turun di kawasan lain di negeri ini.

“Paras empangan itu juga semakin menurun berbanding minggu lepas iaitu 32 peratus kerana air diekstrak pada minggu ini bagi menampung permintaan pengguna yang tinggi kerana musim perayaan,“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Raya Aidilfitri Parlimen Bukit Bendera di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mengarahkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam (AIDAP) 2024, yang melibatkan empat langkah termasuk meminimumkan pelepasan air mentah dari Empangan Air Itam ke Loji Rawatan Air (LRA) daripada 75 juta liter sehari (JLH) kepada 11 JLH bagi mengekalkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam.

Ditanya mengenai pembenihan awan, beliau berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk melaksanakan alternatif itu berikutan Pulau Pinang masih menerima hujan sejak beberapa minggu lepas.

Sebelum ini, PBAPP memaklumkan kapasiti efektif Empangan Air Itam berada pada paras 32.4 peratus pada Februari lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings