the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PBT, peniaga kecil perlu patuh undang-undang demi kesejahteraan bersama

PUTRAJAYA: Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan peniaga kecil perlu memainkan peranan masing-masing dengan penuh amanah dan tanggungjawab demi keharmonian serta kepentingan bersama, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Beliau berkata PBT mesti menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan integriti, manakala peniaga pula perlu memastikan bahawa mereka mematuhi undang-undang dengan memperoleh lesen atau permit sah sebelum berniaga.

“Saya memahami ramai peniaga kecil gigih mencari rezeki sepanjang musim perayaan ini. Pada masa sama, PBT perlu melaksanakan tanggungjawab mereka supaya kawasan perniagaan selamat dan selesa untuk orang ramai.

“Kerjasama dan persefahaman antara dua pihak adalah kunci kepada keharmonian masyarakat. Justeru, jika berlakunya permasalahan atau pertelingkahan, kita mesti mencari cara penyelesaian secara rasional supaya mengelakkan sebarang kejadian yang boleh menjejaskan keharmonian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nga berkata pihaknya akan terus memastikan semua PBT mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan dalam proses penguatkuasaan supaya aktiviti perniagaan dapat berjalan dengan lancar, selain kesejahteraan masyarakat turut terpelihara.

Sebelum ini, tular video pergelutan antara penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan seorang penjaja belon Muhamad Za’imuddin Azlan yang mendapat reaksi ramai dan kes itu kini dalam siasatan pihak polis.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings