the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PDRM perlu lebih proaktif tangani isu salah laku jenayah pegawai terlibat

SEREMBAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu lebih proaktif dalam menangani isu salah laku jenayah terutamanya melibatkan anggota dan pegawai polis tanpa menunggu tindakan daripada agensi lain, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata tindakan pantas itu dapat memperkukuh profesionalisme serta akauntabiliti dalam kalangan anggota yang merupakan elemen penting bagi memelihara imej dan kredibiliti PDRM sebagai institusi penguatkuasaan yang berintegriti tinggi.

“Setiap pegawai dan anggota polis perlu bersikap tegas dan jangan bertolak ansur dalam menangani isu membabitkan salah laku termasuk rasuah.

“Tiada istilah besar atau kecil, yang penting kita perlu bertindak dengan lebih proaktif, jangan tunggu (untuk mengambil tindakan), kalau boleh biarlah kita yang menjalankan siasatan daripada awal lagi, tidak perlu sehingga pihak lain yang bertindak sebelum kita,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas berucap pada Sambutan Hari Intergriti Peringkat Negeri Sembilan di Klana Resort, dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata seramai 831 pegawai polis dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh Januari sehingga September tahun ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 745 adalah kesalahan integriti dengan tujuh pegawai dikenakan tindakan akibat kesalahan rasuah, dadah (38), jenayah (31) dan syariah (10).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings