the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pekebun kecil, firma senaraian awam disaran fokus pada prospek jangka panjang

KUALA LUMPUR: Peladang sawit, sama ada pekebun kecil atau firma senaraian awam perlu memberi tumpuan kepada prospek jangka panjang sektor perladangan ini terutama apabila harga minyak sawit mentah (MSM) kemungkinan sudah mencapai satu tahap yang tinggi.

Selain itu, sektor sawit pada masa ini juga mempunyai kekuatan daya tahan, khususnya ketika situasi ekonomi dunia diramalkan tidak menentu yang akan memberi kelebihan kepada sektor perladangan untuk meraih manfaat daripada inflasi makanan dan tenaga.

“Sekali imbas, masa depan minyak sawit diunjurkan cerah kerana sukar untuk menggantikan ‘minyak emas’ ini dengan sepenuhnya berikutan kepentingannya dalam rantaian makanan manusia.

“Apatah lagi, minyak sawit sangat berdaya saing dan hasil ladang ini ada pelbagai kegunaannya – sebagai minyak masak untuk menggoreng dengan suhu tinggi sehinggalah dijadikan lelemak, selain boleh menjadi bahan pengganti yang lebih berdaya saing untuk beberapa produk petrokimia,” kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan hari ini.

Walaupun dalam tempoh terdekat, harga MSM masih diramalkan sukar melonjak kerana Indonesia dilihat akan terus meningkatkan eksport produk itu bagi menangani inventori minyak sawitnya yang tinggi, beliau berkata penganalisis pasaran secara umumnya mengunjurkan harga MSM bakal disokong proses pemulihan yang kukuh sehingga penghujung 2022.

“Harga minyak makan pada separuh kedua 2022 yang lemah sebenarnya bukan satu keadaan yang luar biasa kerana ini berlaku disebabkan perubahan musim, yang menyaksikan kadar pengeluaran lebih tinggi bagi dua jenis tanaman menghasilkan minyak makan, iaitu soya dan sawit,” jelas beliau.

Zuraida berkata biarpun pelbagai tuduhan dilemparkan kepada sektor ini, kesan daripada penanaman pokok-pokok sawit terhadap alam sekitar sebenarnya sangat kecil berbanding tanaman bagi menghasilkan minyak makan yang lain.

Dalam istilah yang lebih luas, sektor perladangan Malaysia secara keseluruhannya berjaya menguruskan isu-isu berkaitan kemampanan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sehingga mencapai standard yang tinggi dalam pertanian.

Walaupun turun naik harga MSM tidak boleh dielakkan, pemerhati pasaran masih mengunjurkan harganya mampu kekal kukuh dengan sokongan faktor-faktor termasuk permintaan diunjur pulih dengan lebih kukuh tahun depan di tengah-tengah pertambahan populasi dan kekayaan yang menyumbang kepada pertumbuhan permintaan tahunan sebanyak 3.6 peratus dalam tempoh 30 tahun

“Bagaimanapun sejak 2022, impak Covid-19 menjejaskan pertumbuhan kepada hanya kira-kira 1.0 peratus, namun permintaan dijangka meningkat semula kepada 3.0 peratus pada 2023, kecuali jika berlaku kemelesetan ekonomi yang teruk,” katanya.

Beliau menambah sokongan permintaan terhadap bahan api bio juga akan membantu pasaran MSM kerana harga bahan api fosil yang tinggi menyokong permintaan minyak makan memandangkan kira-kira 20 peratus minyak boleh dimakan diproses menjadi bahan api bio.

Indonesia juga telah meneruskan semula usaha untuk mengadun sehingga 40 peratus sawit (B40) bersama bahan api bio selepas menghentikan seketika proses itu berikutan harga minyak sawit yang tinggi sebelum ini. Adunan semasa ketika ini adalah B30,” kata Zuraida. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings