the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pekeliling ILTIZAM dilancar perkukuh tadbir urus prestasi perkhidmatan awam

Pekeliling ILTIZAM dan Indeks Prestasi Perkhidmatan Awam (I-PPA) dilancar sebagai pemangkin tadbir urus berasaskan prestasi.

PUTRAJAYA: Pekeliling ILTIZAM dan Indeks Prestasi Perkhidmatan Awam (I-PPA) yang dilancarkan hari ini bakal menjadi pemangkin utama mengukuhkan tadbir urus berasaskan prestasi.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata pekeliling itu menyokong pelaksanaan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan (ILTIZAM) yang berkuat kuasa 1 Disember lepas.

Beliau menyatakan I-PPA berfungsi sebagai instrumen rasmi untuk mengukur, menilai dan memantau kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan.

“Dengan adanya pekeliling serta instrumen pengukuran ini, kita dapat memperkukuh tadbir urus berasaskan prestasi,” katanya sempena Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025.

Shamsul Azri berkata pelaksanaan ILTIZAM selaras dengan Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan (NPGRP) dan bergerak seiring dengan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB).

Beliau memaklumkan sebanyak 1,007 projek RKB telah didaftarkan di seluruh negara dengan 323 projek siap.

“Ini bermakna proses lebih cepat, prosedur lebih mudah dan keyakinan rakyat serta pelabur semakin meningkat,” katanya.

Pencapaian itu menjimatkan lebih RM2.01 bilion setahun daripada kos pematuhan berbanding sebelum ini.

Kerajaan akan memperkenalkan majlis anugerah khas tahun depan bagi mengiktiraf pencapaian pasukan pelaksana RKB.

Shamsul Azri berkata keseluruhan usaha reformasi itu telah mengubah logik kerja kerajaan, dinamika institusi dan definisi keberhasilan.

Usaha itu turut meningkatkan reputasi Malaysia di peringkat global.

Malaysia kini berada di kedudukan ke-23 dalam World Competitiveness Ranking 2025 dan ke-34 dalam World Digital Competitiveness Ranking 2025.

Beliau turut menekankan keperluan membina kapasiti pegawai awam untuk menghadapi cabaran baharu.

Shamsul Azri mencadangkan IMATEC INTAN dijadikan Pusat Kecemerlangan Latihan Kecerdasan Buatan Sektor Awam.

Beliau mengingatkan pegawai awam agar menjiwai nilai M.A.L.A.Y.S.I.A. dan etos M.E.R.D.E.K.A. sebagai kompas moral.

Shamsul Azri merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepimpinan tegas dalam agenda reformasi.

Beliau menggesa perkhidmatan awam kekal fokus dan berdisiplin dalam melaksanakan ARPA.

Program Rancakkan MADANI menampilkan lebih 300 perkhidmatan sentuhan rakyat, karnival kerjaya dan pameran interaktif.

Program berskala nasional anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) itu menyasarkan sekitar 300,000 pengunjung.

Perdana Menteri dijadual menyempurnakan Majlis Perasmian Penutungan pada 11 pagi esok.

Program Rancakkan MADANI merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI (PSBKM) dan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).

Related

spot_img

Latest

Listed Chinese Restaurant Chain XIAO NOODLES Hits Dual Milestone: Opens First Singapore Store at Iconic 313@Somerset for Its 500th Global Outlet

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - XIAO NOODLES, a leading publicly listed Chinese quick-service restaurant (QSR) chain on the Hong Kong Stock Exchange (HKEX: 02408), has achieved a notable corporate milestone with the grand opening of its 500th global location.

First Phosphate Common Shares Added to the CSE25 Index

Saguenay, Quebec - Newsfile Corp. - December 29, 2025 - First Phosphate Corp. (CSE: PHOS) (OTCQX: FRSPF) (FSE: KD0) ("First Phosphate" or the "Company") is pleased to announce that, effective December 19, 2025, its common shares have been added to the CSE25 Index as part of the Canadian Securities Exchange's ("CSE") quarterly index rebalancing.

AZX, an Oder-Book DEX, Debuts Beta Testing with Breakthrough Performance and Innovation

PANAMA CITY, PANAMA - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - AZX, a next-generation decentralized exchange (DEX) built on the trading-optimized AZ Axis blockchain network, announced the launch of its Beta testing, introducing groundbreaking performance capabilities and innovative features designed to bridge the gap between traditional finance and decentralized trading.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories