the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
30.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelajar PhD UMK maut selepas kereta terjunam ke dalam tasik kampus

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Seorang pelajar PhD UMK maut manakala rakannya cedera selepas kereta mereka terbabas dan terjunam ke dalam tasik di kampus universiti di Jeli.

KOTA BHARU: Seorang pelajar Doktor Falsafah (PhD) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) maut manakala rakannya cedera selepas kereta mereka terbabas dan terjunam ke dalam tasik di kampus universiti itu di Jeli.

Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang itu, mangsa, Muhammad Amidee Abdullah, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Rakannya berjaya keluar dari kereta Perodua Axia itu untuk menyelamatkan diri.

BACA: Suami isteri dikhuatiri lemas selepas kereta terjunam ke sungai

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Kamarulzaman Harun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 6.35 petang hari Selasa (Disember 2).

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta berkenaan melalui selekoh dan menuruni bukit di dalam kawasan kampus.

“Bedah siasat akan dijalankan di Bahagian Forensik Hospital Jeli dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,“ katanya.

UMK dalam kenyataan memaklumkan Allahyarham Muhammad Amidee berasal dari Kampung Manal Jaya, Tanah Merah.

Beliau merupakan mahasiswa pascasiswazah di Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi universiti itu.

“UMK merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.“

“UMK turut menyediakan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga Allahyarham,“ menurut kenyataan itu.

Pihak universiti menyatakan mereka sedang memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India reels as brutal killing of 11-year-old exposes rape crisis

An 11-year-old girl's abduction and murder in eastern India highlights the country's relentless sexual violence crisis, with over 80 rapes reported daily and systemic failures blamed.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings