the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelanggaran undang-undang: MCMC sekat 10,423 laman sesawang sejak Januari 2022

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sejumlah 10,423 laman sesawang telah disekat susulan pelanggaran undang-undang dari 1 Jan 2022 hingga 1 Ogos lepas.

Kenyataan MCMC hari ini menyebut daripada jumlah itu, sebanyak 95.7 peratus laman sesawang yang disekat adalah terdiri daripada lima kategori utama iaitu perjudian dalam talian (4,484 laman) diikuti pornografi (3,271), pelanggaran hak cipta (1,654), scam atau pelaburan haram (316) dan pelacuran (249).

“Dalam tempoh lima tahun, jumlah sekatan laman sesawang yang mempunyai kandungan kemudaratan dalam talian tertinggi direkodkan pada 2021 iaitu sebanyak 6,571, bagaimanapun jumlah ini menunjukkan trend penurunan hingga Ogos 2024 (2,127),“ kata MCMC.

Menurut suruhanjaya itu, sekatan yang dilakukan adalah mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) serta undang-undang di bawah bidang kuasa agensi penguatkuasaan lain antaranya Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Suruhanjaya Sekuriti.

Dalam konteks lebih besar, sekatan laman sesawang itu turut mengekang jenayah lain seperti pemerdagangan manusia, pengantunan kanak-kanak, penjualan bahan terlarang seperti dadah dan jenayah terancang.

Bagi memastikan sekatan kekal berkesan dan selari dengan perkembangan teknologi, MCMC komited bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan tempatan bagi menambah baik serta memperkukuh langkah pencegahan dan perlindungan termasuk dalam aspek pengurusan Sistem Nama Domain (DNS).

“Kerjasama MCMC dan penyedia perkhidmatan dapat memastikan persekitaran dalam talian yang selamat seterusnya menjamin keselamatan segenap lapisan pengguna,“ katanya.

Usaha itu juga selaras dengan 10 Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah AKM 1998 termasuk menjamin keselamatan maklumat serta kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.

Menurut MCMC, usaha itu juga memerlukan pendekatan holistik keseluruhan negara daripada segenap lapisan masyarakat untuk tidak melangkaui mekanisme perlindungan tersedia yang boleh memberi kesan negatif kepada diri serta keluarga, khususnya remaja dan kanak-kanak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings