the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 11, 2025
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemain kurang agresif, beri ruang terlalu banyak kepada Vietnam – Mohd Nafuzi

BANGKOK: Skuad Harimau Muda tidak bermain secara agresif sehingga gagal menyaingi kekuatan Vietnam selepas tewas 0-2 pada aksi terakhir Kumpulan B saingan bola sepak lelaki Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Rajamangala di sini, hari ini.

Mohd Nafuzi berkata kekalahan mengecewakan itu, berpunca daripada pemain memberikan terlalu banyak ruang kepada lawan terutama pada separuh masa pertama, yang menyaksikan Vietnam menyumbat dua gol.

“Kami sangat kecewa, kerana kami hanya nak seri untuk ke separuh akhir tetapi kami tidak terlalu agresif dan memberi banyak ruang kepada pihak lawan sehingga bolos dua gol mudah.

“Pada separuh masa kedua perubahan taktikal dilakukan dan terdapat peningkatan tetapi ia masih tidak memberikan hasil (gol) yang kami inginkan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Pada pertembungan hari ini, Vietnam membuka tirai jaringan pada minit ke-11 menerusi tandukan Nguyen Hieu Minh sebelum Pham Minh Phuc menggandakan kedudukan pada minit ke-22.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat kedua dengan tiga mata, manakala Vietnam muncul juara kumpulan dengan enam mata untuk mengesahkan slot automatik ke separuh akhir.

Malaysia yang kini mengharapkan tiket ke separuh akhir melalui slot naib juara terbaik, perlu menunggu keputusan perlawanan terakhir Kumpulan C antara Indonesia dan Myanmar esok.

“Pada saya kita perlu layak dengan usaha sendiri tapi mungkin bukan rezeki, peluang (Malaysia) belum tertutup 100 peratus tapi kena bergantung kepada pasukan lain,” kata Mohd Nafuzi.

Sebagai rekod, Malaysia terkandas seawal peringkat kumpulan pada edisi 2023 di Kemboja, selepas tewas dalam aksi penentuan pingat gangsa pada edisi 2021 di Hanoi.

Kali terakhir skuad negara menaiki podium ialah ketika memenangi pingat perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

30 Million Strong: China Changan Automobile Group Hits Historic Production Milestone, Ushering in New Era of User-Centric, Tech-Driven Global Growth

CHONGQING, CHINA - Media OutReach Newswire - 11 December 2025 – China Changan Automobile Group today celebrated a historic achievement as its 30 millionth vehicle—an AVATR 12 Quad-Laser Edition—rolled off the line at the AVATR Digital Intelligence Factory.
spot_img

Popular Categories