the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu lori didenda RM1,500 pindahkan biri-biri, kambing secara haram

JERTIH: Seorang pemandu lori didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Besut di sini hari ini selepas didapati bersalah memindahkan 53 ekor ternakan tanpa kebenaran sah pada Januari lepas.

Mohamad Ismail Ab Rahman, 33, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurliyana Md Zukri.

Mengikut fakta kes, lelaki itu memindahkan 32 ekor biri-biri dan 21 kambing menggunakan sebuah lori tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu atau mana-mana pihak berkuasa veterinar.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah premis makanan di Kampung Padang Landak dekat sini pada 11.30 malam, 21 Jan.

Kesalahan dilakukan di bawah Perenggan 4(1)(b) Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut dan Hawar Berdarah Bagi Negeri Terengganu (Tr.P.U.1) yang diwartakan di bawah Subseksyen 36 (1) Akta Binatang 1953.

Selain hukuman denda, mahkamah turut memerintahkan hasil jualan ternakan berkenaan berjumlah RM18,913.50 dilucut hak.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu Tuan Anuar Sulzi Tuan Abdullah manakala Mohamad Ismail tidak diwakili peguam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings