the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pendekatan ‘whole-of-government’ tangani isu literasi seksual – Dzulkefly

KOTA BHARU: Isu berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan literasi seksual dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan muda memerlukan pendekatan menyeluruh melibatkan pelbagai kementerian dan agensi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata usaha itu bukan hanya di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan (KKM), sebaliknya memerlukan penggemblengan tenaga menerusi pendekatan “whole-of-government” atau keseluruhan kerajaan.

“Bukan sahaja tanggungjawab KKM, tetapi juga Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Kementerian Belia dan Sukan.

“KKM sendiri akan mengambil pendekatan whole-of-government bagi memastikan pendidikan dari sudut kesihatan reproduktif dan aspek penerangan menyeluruh dilaksanakan secara bersepadu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mini Karnival Jom Sihat @ Kota Lama di PPR Kota Bharu di sini hari ini.

Beliau berkata sokongan padu daripada pelbagai pihak amat penting bagi memastikan pelaksanaan agenda berkenaan bukan sahaja tertumpu di Kelantan, malah diperluas ke seluruh negara.

“Saya tidak menyatakan bahawa KKM akan menjadi agensi peneraju tunggal. Sebaliknya, kami mahu isu ini ditangani secara bersama dan kolektif. KKM bersedia menggembleng tenaga serta pakar-pakar dalam bidang pendidikan kesihatan reproduktif,” katanya.

Dzulkefly berkata kunci utama kejayaan pelaksanaan inisiatif itu ialah memberi kecerdasan literasi kepada masyarakat agar mereka dapat meningkatkan nilai kawalan diri serta memperkukuh peranan moral dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata KKM membantu mangsa jenayah seksual di bawah umur melalui Pusat Khidmat Krisis Bersepadu (OSCC) yang disediakan di setiap hospital seluruh negara.

OSCC ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan menyeluruh kepada mangsa seperti penderaan dan pemerkosaan.

“Kes sedemikian akan dirujuk di bawah OSCC dan akan memudahkan agensi lain untuk turut sama memainkan peranan seperti KPWKM dan Polis Diraja Malaysia.

“KKM bukanlah sebagai agensi utama dalam menangani isu sebegini tetapi pihak kami akan terus memberi kerjasama dengan pihak lain agar insiden sedemikian tidak berlaku di seluruh negara,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media pada 9 April lepas berhubung pendedahan Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mengenai jumlah kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan yang menunjukkan trend peningkatan ketara setiap tahun.

Mohd Yusoff dilaporkan berkata 252 kes direkodkan pada 2024 berbanding 206 kes pada 2023 iaitu peningkatan sebanyak 22.3 peratus, dan apa yang membimbangkan ialah ada dalam kalangan pelaku terlibat terdiri daripada remaja berumur seawal 10 tahun.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings