the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penganjuran Sukan SEA 2027 peluang perteguh imej Malaysia – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Peluang menganjurkan temasya Sukan SEA 2027 akan digunakan untuk memperteguh imej Malaysia di mata dunia, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat di sini hari ini berkata selain Sukan SEA 2027, negara juga akan menjadi tuan rumah bagi beberapa kejohanan sukan antarabangsa lain dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kesempatan menganjurkan sukan berprestij sebegini akan dimanfaatkan untuk memperteguh imej Malaysia di persada antarabangsa.

“Ia juga menjadi medan penting dalam menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Selain Kuala Lumpur, penganjuran Sukan SEA 2027 turut membabitkan tiga negeri lain iaitu Sarawak, Pulau Pinang dan Johor.

Malaysia sebelum ini pernah menjadi tuan rumah temasya sukan dwitahunan tersebut bagi edisi 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.

RMK13 yang bertemakan ‘Melakar Semula Pembangunan’ merupakan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030 – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings