the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengimport buah boleh mohon pengecualian SST kepada Kementerian Kewangan

MITI sahkan pengimport buah boleh mohon pengecualian SST kepada MoF, setara layanan di bawah perjanjian ART dengan AS, tertakluk kelulusan

KUALA LUMPUR: Rakan dagang atau pengimport berhak memohon pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas import buah-buahan secara terus kepada Kementerian Kewangan.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata ia setara dengan layanan di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-Amerika Syarikat (ART), tertakluk kepada penilaian dan kelulusan di bawah Akta Cukai Jualan 2018.

“Namun demikian, pada masa ini, sebahagian besar buah-buahan segar telah pun diberikan pengecualian cukai secara umum bagi menjamin sekuriti makanan negara,” menurut kenyataan bertulis MITI di laman sesawang Parlimen.

Jawapan itu diberikan bagi soalan mengenai sama ada rakan dagang di bawah RCEP, CPTPP atau FTA lain boleh memohon pengecualian SST seperti yang diberikan kepada AS di bawah ART.

MITI menjelaskan komitmen tarif negara di bawah FTA seperti CPTPP dan RCEP hanya bertumpu kepada penghapusan atau pengurangan duti import.

“Ia sama sekali tidak menjejaskan hak Malaysia untuk mengenakan cukai serta melaksanakan langkah-langkah dalaman,” jelas kementerian itu.

Kerajaan kekal mempunyai fleksibiliti sepenuhnya untuk meneruskan pelaksanaan cukai dalaman seperti SST dan memberi pengecualian di bawah sistem percukaian sedia ada.

Menjawab soalan lain mengenai pemantauan komitmen AS di bawah ART, MITI berkata Malaysia dan AS akan menggunakan Jawatankuasa Bersama di bawah Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan (TIFA) sebagai platform utama.

“Platform ini akan digunakan untuk memastikan pemantauan menyeluruh terhadap komitmen pengurangan tarif, memudahcara halangan bukan tarif, pengiktirafan piawaian produk-produk Malaysia serta lain-lain komitmen,” menurut MITI.

Jawatankuasa tersebut dipengerusikan bersama oleh MITI dan Wakil Perdagangan AS (USTR) dengan penyertaan kementerian dan agensi berkaitan dari kedua-dua negara.

Pemantauan akan dilaksanakan melalui mesyuarat berkala TIFA untuk menilai kemajuan pelaksanaan ART, serta melalui mesyuarat teknikal khusus. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Author born from notebook scribblings on Sydney trip

Already ‘wired for brilliant stories’ at age 14, self-described mega-introvert discovers driving force for calling in handwritten travel jottings from 21 years ago

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings