the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
25.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penolong akauntan didakwa salah guna wang lebih RM81,000 milik kerajaan negeri Perlis

KANGAR: Seorang penolong akauntan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 13 pertuduhan menyalah guna harta iaitu wang milik kerajaan negeri Perlis berjumlah RM81,585.04.

Mohd Reimi Ismail, 45, sebagai pegawai badan awam iaitu penolong akauntan di Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis didakwa melakukan perbuatan itu di tiga bank berlainan di sini antara Jun 2018 dan Sept 2019.

Dia dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Hakim Norsalha Hamzah membenarkan Mohd Reimi diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis sebulan sekali dan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 27 Ogos untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Atiqah Mohamad Alias manakala penolong akauntan itu diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Mohd Reimi membayar wang jaminan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings