the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
29.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penyasaran subsidi diesel: Lebih RM250 juta ketirisan dapat dielakkan setakat ini – Amir Hamzah

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

TUMPAT: Kerajaan menganggarkan lebih RM250 juta jumlah ketirisan diesel dapat dielakkan melalui penyeludupan atau penyelewengan dari stesen minyak di seluruh sempadan semenanjung negara sejak langkah penyasaran subsidi bermula 10 Jun lepas.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata sepanjang tempoh berkenaan, jualan diesel menunjukkan pengurangan 23 peratus atau RM6.5 juta liter sehari, manakala jualan diesel komersial pula meningkat sebanyak 4.8 juta liter sehari.

Amir Hamzah berkata ketika harga bersubsidi di stesen minyak pada RM2.15 seliter sebelum ini, pihak industri telah mencari jalan menyumberkan bekalan diesel dari stesen minyak daripada membeli diesel secara komersial yang melebihi RM3 seliter.

“Sekarang dengan harga di stesen minyak pada RM3.35 seliter, industri tersebut telah beralih semula kepada membeli diesel secara komersial.

“Selain itu, terdapat stesen minyak di kawasan utara berdekatan dengan sempadan turut mengalami kejatuhan jualan diesel 40 hingga 50 peratus, sekali gus memaparkan kejatuhan aktiviti penyeludupan ke negara jiran disebabkan pengurangan margin keuntungan penyeludup,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata penguatkuasaan terhadap ketirisan diesel oleh semua agensi kerajaan akan terus dipergiatkan dan menyeru kepada orang ramai supaya melaporkan kegiatan penyelewengan dan penyeludupan ini kepada pihak berkuasa.

Penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar dapat memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun di samping dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

800,000 More Daily Journeys: Copenhagen’s Next Mobility Challenge

COPENHAGEN, DENMARK - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - There is something remarkable about Copenhagen.Stand in the city centre during rush hour and you will still hear bicycle bells, conversations spilling out from cafés and children walking to school.

Centriq PR Champions Purposeful Communication Through Social Impact Initiative

SELANGOR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - Centriq PR, independent Malaysian public relations consultancy, marked another milestone in its commitment to purposeful communication as Season 4 of its social impact initiative, We.R.Wira, culminated in the Golden Wira Awards Ceremony at Tan Yew Sing Auditorium, INTI International College Subang.

Most Viewed

spot_img