the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peserta baharu MM2H tidak layak mohon status PR – Tiong

KUALA LUMPUR: Peserta baharu Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi ketiga-tiga kategori Platinum, Gold dan Silver, tidak layak untuk memohon status penduduk tetap (PR), menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Tiong menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini memaklumkan kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan syarat baharu penyertaan Program MM2H.

“Menerusi pendekatan terbaharu ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yakin Program MM2H berupaya menarik minat bakal peserta MM2H dari golongan sasaran, khususnya individu warga negara asing berpendapatan tinggi dan juga dalam kalangan nomad digital, dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama.

“Kehadiran golongan ini, diharap akan merancakkan lagi ekonomi tempatan terutama dalam industri pelancongan, perumahan, pendidikan, perubatan dan sebagainya sekali gus menjadikan Malaysia hab global yang mempunyai daya saing tinggi,” katanya.

MM2H diperkenalkan pada 2002 yang membenarkan warga asing membeli hartanah dan tinggal di Malaysia sebelum dibekukan sementara pada Ogos 2020, bagi memberi ruang kepada Kementerian Dalam Negeri dan MOTAC mengkaji serta menilai semula program itu secara komprehensif.

Sejak Oktober 2021, permohonan baharu MM2H dikendalikan Jabatan Imigresen, merangkumi urusan berkaitan perkhidmatan pemprosesan permohonan sedia ada dan logistik.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan Tiong pada hantaran sama, pemohon MM2H dikategorikan kepada tiga iaitu Platinum, Gold dan Silver berdasarkan kriteria dan syarat yang ditentukan.

Antara syarat am bagi ketiga-tiga kategori itu ialah terbuka kepada warga asing dari negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia, berusia 25 tahun ke atas, semua permohonan sebagai peserta MM2H dibuat melalui Pusat Sehenti MM2H dan tempoh keberadaan di Malaysia sekurang-kurangnya 90 hari secara kumulatif dalam setahun.

Antara perincian kriteria dan syarat permohonan untuk kategori Platinum, mempunyai simpanan tetap berjumlah US$1 juta, kategori Gold pula mempunyai simpanan tetap berjumlah US$500,000 dan Silver (US$150,000).

Sementara itu, Tiong menerusi hantaran sama memaklumkan MOTAC telah mula memproses dan meluluskan Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan MM2H, dengan menggunakan syarat baharu yang diperkemaskan.

Tiong berkata ejen yang telah diluluskan Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan MM2H dengan menggunakan syarat baharu, boleh mula mengemukakan permohonan peserta baharu di Pusat Sehenti Malaysia My Second Home (OSC MM2H), di Putrajaya.

Beliau berkata antara syarat lesen perniagaan pengendalian pelancongan MM2H ialah modal berbayar syarikat dinaikkan daripada RM50,000 kepada minimum RM200,000, fi lesen ditetapkan pada RM2,500 setahun, dan lokasi premis perniagaan dengan alamat yang sah.

“Syarat-syarat baharu ini diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kredibiliti dan akauntabiliti syarikat perniagaan pengendalian MM2H berlesen. Tambahan juga, syarat lesen ini bertujuan melindungi peserta yang menyertai program itu dengan lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata butiran lanjut berhubung syarat, akan diperjelaskan dalam Garis Panduan Permohonan Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan MM2H, yang boleh didapati dalam laman sesawang MOTAC.

Katanya, sebarang pertanyaan berhubung pelesenan MM2H juga boleh diajukan menerusi e-mel [email protected].

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Taylor’s College SS15 campus to be transformed into purpose-built student living development

Situated within one of Malaysia’s key education hubs, the project is being developed by Taylor’s Assets, the property investment and asset management arm of Taylor’s Education Group, in partnership with Gamuda Land.

Southeast Asia’s first AIGC creation ecosystem platform – Omirol launched, partnering with China’s V...

The 2026 Malaysia AI Innovation and Development Exchange Forum and the launch of Omirol, Southeast Asia's first native AIGC creation ecosystem platform, were successfully held in Kuala Lumpur. The event was jointly organized by FSBM Holdings Berhad, a Bursa Malaysia-listed company, and MOCHI MEDIA SDN. BHD.

Lawnova returns to spoga+gafa with second-generation robotic mower built for AI boundary setup-free navigation

As spoga+gafa opens its doors in Cologne, Yosemite Robotics is returning to Europe with Lawnova, its own robotic mower brand, and a second-generation lineup designed to move the category beyond wire-free mowing toward boundary setup-free outdoor automation.

Harris Hotel & Conventions Sunshine Penang opens, marking the brand’s first presence in Malaysia

HARRIS Hotel & Conventions Sunshine Penang officially opens its doors today, marking the debut of the HARRIS brand in Malaysia and introducing a vibrant new hospitality, meetings and lifestyle destination in the heart of Ayer Itam.

Montfort Boys Town reinforces Malaysia’s TVET talent pipeline with 107 skilled graduates

Montfort Boys Town has produced yet another cohort of skilled and industry-ready graduates, with all 107 students from its 2026 graduating batch successfully attaining their Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 2 certification.

Five prison officers charged over Taiping Prison incident

The Prisons Department said the charges mark the latest development in ongoing legal proceedings, following the earlier prosecution of another officer under Section 304(b) of the Penal Code over the same case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings