the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar sahkan calon Duta Besar Malaysia ke AS dapat perkenan Agong

KAJANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan calon Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) yang baharu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata calon berkenaan diperkenan selepas beliau mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda baru-baru ini.

“Ia akan mengikut proses (umum). Kalau boleh, sabar dulu dalam sehari dua ini,” kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Prima Saujana di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pengganti Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dilaporkan telah menamatkan tempoh perkhidmatan dua tahunnya sebagai Duta Besar Malaysia ke AS pada 10 Feb lepas.

Mohamed Nazri mula memegang jawatan Duta Besar Malaysia ke AS pada 9 Feb 2023, dan menurut kenyataan Kementerian Luar, pelantikan beliau dibuat berdasarkan pengalaman luas sebagai anggota pentadbiran negara.

Anwar sebelum ini turut dilaporkan berkata kerajaan telah mengenal pasti calon baharu untuk jawatan berkenaan dan dalam proses mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada akan melanjutkan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki atau sebaliknya.

“Bila ada keputusan saya akan umum. Tengok bila, (kontrak) dekat nak habis. Beliau (Azam) belum habis lagi,” kat Anwar ketika ditanya mengenai laporan media antarabangsa yang mendakwa kontrak Azam akan dilanjutkan selama enam bulan lagi.

Azam mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM sejak Mac 2020 sebelum kontraknya dilanjutkan selama setahun pada 10 Mei 2023 dan setahun lagi pada tahun berikutnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings