the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 22, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis nasihat awam waspada taktik penipuan eksploitasi suara

Polis ingatkan orang ramai berhati-hati dengan panggilan kosong yang boleh rakam suara untuk eksploitasi AI bagi tujuan penipuan

KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap panggilan tidak dikenali yang mematikan talian secara tiba-tiba atau tidak mengeluarkan sebarang suara.

Tindakan tersebut berpotensi digunakan bagi tujuan eksploitasi suara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya belum menerima laporan berkaitan dakwaan mangsa menerima panggilan kosong yang dirakam suaranya.

Suara itu dikatakan boleh digunakan melalui aplikasi kecerdasan buatan bagi menipu kenalan mangsa.

“Bagaimanapun, orang ramai perlu mengambil langkah berhati-hati dan digalakkan untuk tidak menyebut maklumat peribadi ketika menerima panggilan mencurigakan,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai membuat pengesahan dengan talian rasmi sekiranya menerima panggilan yang mendakwa melibatkan pihak berkuasa atau institusi kewangan.

“Sebarang panggilan atau mesej meragukan hendaklah segera dihentikan dan dilaporkan kepada polis,” tegas Rusdi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkongsian Facebook Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur berkaitan taktik terbaharu penipuan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Penghantar barang didenda RM2,000 kerana cederakan wartawan sukan

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Seorang penghantar barang didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan wartawan sukan Haresh Deol yang juga Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), November tahun lepas.Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Krishnan, 37, dan memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Tertuduh membayar denda berkenaan.Krishnan didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu terhadap Haresh Singh Chain Singh, 44, di depan Bangunan Tanjung Balai Group, Jalan Telawi 3, Bangsar di sini pada 3.10 hingga 3.32 petang 25 Nov 2025.Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Haresh yang juga pengasas bersama portal berita TwentyTwo13 menerusi hantaran di laman X memaklumkan telah diserang dua lelaki ketika menuju ke keretanya manakala seorang lagi merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit.
spot_img

Popular Categories