the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Terengganu rampas dadah RM4.47 juta sepanjang 2023

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu berjaya merampas pelbagai jenis dadah keseluruhan bernilai RM4.47 juta sepanjang 2023.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata selain itu sebanyak 3,496 tangkapan turut dibuat melibatkan penagih dan pengedar dadah di bawah Seksyen 6, 6B, 12(2), 39A(1) dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun lepas.

Beliau berkata jumlah tangkapan tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 9.8 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 3,880 orang.

“Tangkapan turut melibatkan 35 pengedar dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Sepanjang tahun lalu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik turut menjalankan tujuh siri Ops Camar bagi membanteras sindiket pengedaran dadah,“ katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Serah Terima Harta Lucut Hak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Terengganu, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan.

Terdahulu pada majlis tersebut Mazli turut menyerahkan 15 kenderaan termasuk motosikal dan kereta yang dilucut hak kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran automatif di tujuh sekolah menengah di negeri ini.

Dalam pada itu Mazli berkata secara keseluruhan sebanyak 62 kenderaan pelbagai jenis berjaya dilucut hak untuk pelupusan sepanjang 2023.

Menurut beliau selain diserahkan kepada sekolah untuk tujuan pembelajaran, kenderaan tersebut juga akan dilelong kepada orang awam pada 22 Jan ini.

“Anggaran rampasan dan sitaan pelbagai jenis kenderaan oleh jabatan narkotik tahun lalu pula sekitar RM2.8 juta,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings