the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tumpas dua sindiket dadah, 19 individu ditahan, rampasan RM2.8 juta

Polis tumpas dua sindiket edar dadah untuk pasaran tempatan, tahan 19 individu dan rampas dadah bernilai hampir RM2.8 juta dalam dua operasi berasingan.

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah untuk pasaran tempatan menerusi dua operasi berasingan.

Seramai 19 individu ditahan dengan rampasan dadah bernilai hampir RM2.8 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata 13 individu ditahan dalam sembilan serbuan di Johor, Selangor dan Negeri Sembilan menerusi Ops Tupelo.

Rampasan dalam operasi itu termasuk 15.3 kilogram MDMA, 4.1 kilogram pil eramin 5 dan 206 gram methamphetamine bernilai RM2.6 juta.

“Siasatan mendapati sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah dipercayai untuk pasaran tempatan itu aktif sejak pertengahan tahun ini,” katanya.

Hasil ujian air kencing mendapati 11 individu positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzo.

Sembilan daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah serta jenayah.

Tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 turut dilaksanakan dengan jumlah sitaan dianggarkan bernilai RM1.2 juta.

Sitaan itu melibatkan wang tunai RM499,950, tujuh kenderaan dan barang kemas.

Dalam operasi berasingan, enam lelaki ditahan di sekitar Lembah Klang menerusi Ops Rimu.

Rampasan termasuk 215.5 gram methamphetamine, 1.95 kilogram ganja dan 1.06 kilogram pil eramin 5 bernilai RM132,244.

Seorang daripada enam yang ditahan positif dadah jenis benzo dan kesemua mereka mempunyai rekod kesalahan lampau.

Tindakan di bawah akta pelucuthakan harta turut dilaksanakan dengan jumlah sitaan dianggarkan RM368,250.

Sitaan itu melibatkan wang tunai RM10,950, lima kereta, dua motosikal, seutas jam tangan dan pelbagai jenis barang kemas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings