the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
25.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Qabil Irfan kukuhkan kedudukan pendahulu ESBK talent, Hakim Danish kecundang

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara Qabil Irfan Azlan kembali ke puncak podium selepas muncul juara perlumbaan 1 ESBK Talent pusingan keenam Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 di Litar Estoril, Portugal, hari ini.

Pelumba Frando Racing VHC Team Liqui Mol itu yang kali terakhir mengecap nikmat kemenangan pada perlumbaan 1 pusingan empat di Litar Navarra, Sepanyol Julai lepas, mempamerkan tunggangan cemerlang untuk meninggalkan wakil Aspar KSB Technical Academy Enzo Zaragoza dari Sepanyol, dengan kelebihan 14.176 saat.

Tempat ketiga milik pelumba Sepanyol Andres Garcia yang beraksi bersama pasukan IGAXTEAM Snipers.

Keputusan tersebut menyaksikan Qabil mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu ESBK Talent musim ini dengan 227 mata meninggalkan seteru utamanya dari Switzerland Arnold Alessio, yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan jumlah 181 mata secara keseluruhan.

Sementara itu, hasrat seorang lagi pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli, untuk melakar sejarah menjuarai saingan Red Bull Rookies Cup (RBRC) 2025 tidak kesampaian, selepas perlumbaan 1 pusingan kemuncak di Litar Misano, Itali.

Seteru utamanya dari Sepanyol Brian Uriarte bukan sahaja memenangi perlumbaan, malah sah dinobatkan juara RBRC 2025 dengan kutipan 216 mata biarpun berbaki satu lagi perlumbaan di litar sama esok, diikuti Hakim (171 mata) dan wakil Indonesia Veda Pratama di tempat ketiga (135 mata) – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings