the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 19, 2026
27.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Rapid On-Demand tetapkan tambang kekal RM2 mulai Februari 2026

Rapid On-Demand (ROD) akan laksanakan tambang tetap RM2 mulai 1 Feb 2026, tamatkan promosi RM1, dan tambah 300 van elektrik menjelang 2028

PETALING JAYA: Rapid On-Demand (ROD) akan melaksanakan struktur tambang tetap RM2 berkuat kuasa 1 Februari 2026.

Ketua Jabatan Perancangan dan Strategi Prasarana Malaysia Berhad Sharul Azwa Abd Rani berkata peralihan ini menamatkan fasa promosi tambang RM1.

“Kadar semasa sebenarnya adalah tambang promosi RM1… jadi, tambang promosi ini akan berakhir seiring dengan tempoh POC (Pembuktian Konsep)… bermula 1 Feb 2026, tambang tetap akan dilaksanakan,” katanya.

Kadar baharu itu turut melibatkan pemegang pas My50, Rapid Kota, Rapid Kembara dan Rapid Keluarga.

Prasarana juga merancang menambah 300 unit van elektrik ke dalam sistem ROD secara berperingkat mulai akhir 2027 hingga penghujung 2028.

Sharul Azwa berkata 130 unit van EV akan ditempatkan di Lembah Klang manakala 170 lagi di Pulau Pinang.

Penambahan ini selari dengan perancangan penambahan 22 zon operasi baharu di Lembah Klang dan 23 zon di Pulau Pinang.

Setakat ini, perkhidmatan ROD merangkumi 82 zon operasi di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 71 zon beroperasi di Lembah Klang dan 11 zon di Pulau Pinang.

Prasarana turut memberi perhatian terhadap keperluan golongan kurang upaya dalam penambahbaikan perkhidmatan ROD.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories