the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 13, 2025
25.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka landa seluruh negara

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang untuk semua negeri sehingga jam 5 petang ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat disertai angin kencang, yang dijangka berlaku di semua negeri sehingga 5 petang ini.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keadaan cuaca berkenaan diramal melanda seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan.

Keadaan sama juga diramal berlaku di Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Selain itu, cuaca sama turut dialami Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Amaran itu turut dikeluarkan untuk Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

“Di Sarawak melibatkan kawasan Kapit (Kapit), Bintulu dan Miri (Subis) manakala di Sabah pula di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories