the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
28.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ringgit hampiri paras tertinggi lima tahun pada 4.07 berbanding dolar AS

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Ringgit mengukuh ke paras 4.07 berbanding dolar AS, paras tertinggi sejak Mac 2021, walaupun dolar AS meningkat susulan kenyataan Fed

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh pada paras 4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun walaupun dolar AS meningkat ketika penggiat pasaran terus meneliti hala tuju dasar bank pusat negara maju itu.

Setakat jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0795/0915 berbanding dolar AS daripada 4.0855/0940 pada akhir urus niaga semalam.

Kali terakhir paras itu dicatatkan adalah pada 3 Mac 2021 iaitu 4.0720 berbanding dolar AS.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) telah meningkat 0.25 peratus kepada 98.389 mata berikutan ulasan terkini pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar faedah.

 Beliau berkata Gabenor Fed Christopher Waller membuat kenyataan bahawa kadar dasar semasa kekal 50 hingga 100 mata asas di atas kadar neutral dan bank pusat AS itu masih mempunyai ruang untuk menurunkan lagi kadar berkenaan.

Waller juga berkata tidak timbul sebarang keperluan mendesak untuk melaraskan dasar itu dengan segera berikutan pasaran tenaga kerja yang lemah secara berperingkat.

“Semalam, ringgit ditutup 0.10 peratus lebih rendah berbanding dolar AS. Oleh itu, menjangkakan ringgit diniagakan dalam julat 4.08 hingga 4.09 berbanding dolar AS hari ini,” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.

Dalam pada itu, pada sesi awal hari ini, ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit rendah berbanding pound Britain kepada 5.4555/4716 daripada 5.4439/4553 semalam dan susut berbanding euro kepada 4.7897/8038 daripada 4.7866/7965.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.6236/6315 daripada 2.6267/6321 semalam.

Berbanding mata wang negara rantau ASEAN yang lain, ringgit sebaliknya mengukuh.

Ini termasuk meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1592/1688 daripada 3.1614/1682, naik berbanding baht Thailand kepada 12.9467/9930 daripada 12.9657/9989, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 244.3/245.2 daripada 244.7/245.3 dan bertambah baik berbanding peso Filipina kepada 6.95/6.97 daripada 6.96/6.97 sebelum ini – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bambang Pamungkas: The Indonesian forward feared by opposing defenders

Bambang made his breakthrough as a teenager playing for Persija Jakarta FC, having earlier spent time in the Netherlands honing the skills that made him stand out from his peers in Indonesia.

VinFast VF 8: Blending Business and Family Leisure in an Electric SUV

Today's premium SUVs are expected to do more than ever before. For EVs, that expectation increasingly extends beyond the drive itself to the ownership experience that comes with it.

Alpro Launches Subsidised RM1 Ferritin Checks to Help Women Understand, Prepare and Live Well...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - Perimenopause is a natural stage in a woman's life, yet many women enter this transition without fully understanding what is happening to their bodies or knowing where to seek support.

VinFast partners with TÜV Rheinland to advance vehicle testing capabilities for Vietnam’s automotive industry

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - VinFast today announced the signing of a strategic Memorandum of Understanding (MOU) with TÜV Rheinland, a global leader in automotive testing, inspection and certification, to strengthen vehicle testing capabilities in Vietnam.

Discover Singapore’s Creative & Culinary Heritage in Chinatown Singapore with Family-Friendly Weekend Workshops

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - Visitors looking to experience Singapore beyond its iconic attractions can now immerse themselves in two hands-on heritage workshops in the heart of Chinatown.

HKT to launch ultra-low latency 3.2Tbps AI Data Centre Inter-connect Superhighway to support Hong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - HKT (SEHK: 6823) today announces plan to roll out its ultra-low latency 3.2Tbps AI Data Centre Inter-connect (DCI) Superhighway service, the first of its kind in Hong Kong, enabling AI infrastructure providers and institutions to have ultra-fast and seamless access to computing resources across multiple data centres to meet next-generation AI workloads.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings