the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rosman tiada isu komitmen Pearly-Thinaah meskipun kontrak belum selesai

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu wanita kebangsaan Rosman Razak tidak pernah berdepan sebarang masalah dengan isu komitmen gandingan utama negara Pearly Tan-M. Thinaah meskipun pasangan itu berdepan isu kontrak yang masih belum dimuktamadkan bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Rosman berkata fokus beliau ketika ini juga kekal terhadap aspek latihan dan persediaan kejohanan termasuk memantau prestasi Pearly-Thinaah yang semakin menyerlah di pentas antarabangsa.

“Jika ada sebarang masalah, saya akan bersuara tetapi setakat ini saya tiada isu mengenainya.

“Dari segi latihan, fokus dan segala arahan (masih ikut), ia tidak mengganggu proses saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia di sini hari ini.

Semalam Presiden BAM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata keputusan sama ada Pearly-Thinaah kekal bersama badan induk itu hanya akan diketahui sebelum Terbuka Jepun pada 15 Julai ini dengan beberapa perkara perlu dimuktamadkan sebelum keputusan sebenar dapat dicapai.

Untuk rekod, Pearly-Thinaah belum menandatangani kontrak baharu bersama BAM selepas kontrak terdahulu tamat pada Disember lepas.

Di sebalik ketidaktentuan masa depan mereka bersama BAM, Pearly-Thinaah tetap menunjukkan prestasi cemerlang apabila menjuarai Terbuka Thailand pada Mei.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings