the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RUU Pekerja Gig 2025 lindungi penggiat seni dengan mekanisme penyelesaian

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yakin Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 yang mempunyai mekanisme penyelesaian pertikaian yang jelas mampu membela nasib sekitar 30,000 hingga 40,000 pekerja gig dalam industri kreatif.

Beliau berkata kementerian juga percaya RUU itu sangat penting kepada penggiat seni yang selama ini berhadapan risiko tidak menentu seperti isu bayaran tertunggak, ketiadaan perlindungan sosial serta keselamatan termasuk ketika bekerja di set penggambaran.

Teo berkata penubuhan Majlis Rundingan Tripartite menerusi RUU itu akan membolehkan pekerja gig berbincang mengenai gaji atau kadar upah minimum serta syarat-syarat lain yang perlu dimasukkan dalam kontrak.

Beliau menyatakan keyakinannya bahawa RUU ini sangat penting supaya penggiat seni juga tahu apa tawaran baharu dan bantuan yang sebenarnya ditawarkan.

Teo turut berharap dan percaya RUU ini dapat sokongan ketika pembentangan di Dewan Negara esok.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat khas RUU Pekerja Gig 2025 bersama Menteri Sumber Manusia Steven Sim di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia.

Kementerian Komunikasi memberikan sokongan penuh kepada RUU itu selain berusaha memastikan warga industri kreatif mendapat penerangan yang tepat.

RUU ini juga melengkapi usaha yang telah pun dilaksanakan oleh Finas bersama Perkeso untuk menyediakan jaringan perlindungan sosial kepada penggiat seni dan kru produksi.

Dengan adanya kerangka undang-undang ini, usaha tersebut kini lebih kukuh dan menyeluruh.

RUU ini membawa beberapa perubahan besar termasuk melindungi hak pekerja gig, kewajipan entiti kontrak, mengawal selia terma dan syarat perjanjian perkhidmatan, tribunal pekerja gig serta melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja gig.

RUU Pekerja Gig 2025 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 Ogos lepas, dijadual untuk dibentangkan di Dewan Negara esok sebelum diwartakan dan dikuatkuasakan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings