the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 23, 2026
20 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Sabah akan tubuh dana kekayaan negara jika GRS menang

GRS berjanji tubuh Dana Kekayaan Sabah tahun depan jika diberi mandat baharu dalam pilihan raya negeri.

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menubuhkan Dana Kekayaan Sabah tahun depan jika diberikan mandat baharu pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali berkata inisiatif itu dinamakan Dana Pelaburan Masa Depan Anak Sabah.

Beliau menjelaskan ia merupakan strategi jangka panjang parti untuk memastikan negeri memiliki sumber pendapatan yang lebih stabil dan mampan.

“Kita akan ambil sebahagian daripada rizab negeri sebagai modal awal kepada Sabah Sovereign Wealth Fund, manakala tambahan modal tahunan pula akan diambil daripada hak 40%,” katanya ketika membentangkan manifesto GRS.

Sebahagian daripada geran tahunan 40% itu akan dimasukkan ke dalam dana tersebut.

Armizan berkata tadbir urus dana itu akan melibatkan gabungan wakil kerajaan negeri dan profesional dalam bidang kewangan.

“Kita mahu para pakar ini memberi nasihat kepada kerajaan negeri dalam menggerakkan Sabah Sovereign Wealth Fund, termasuk menilai pelaburan strategik sama ada dalam pasaran saham, pelaburan domestik atau luar negara,” katanya.

GRS yakin penubuhan dana itu akan membawa Sabah ke arah pendapatan lebih stabil.

Ini sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada Kerajaan Persekutuan pada masa depan, khususnya dalam menyelesaikan isu-isu infrastruktur asas.

“Kita mahu anak cucu kita mentadbir negeri ini bukan sekadar meningkat hasil semasa, tetapi juga mendapat hasil daripada pelaburan generasi pemimpin hari ini bagi membina masa depan mereka,” tambahnya.

Penubuhan dana itu merupakan satu daripada komponen utama manifesto GRS dan akan diterjemahkan dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Myanmar man jailed 13 years for running fake passport syndicate

A Myanmar national was sentenced to 13 years and seven months in jail for possessing forged passports and UNHCR cards, highlighting a crackdown on document forgery syndicates.

FMOS resolves over 2,200 financial disputes, saving consumers RM1.24 million

Financial Markets Ombudsman Service has resolved 2,268 complaints since its launch, including 83 health insurance cases that saved consumers an estimated RM1.24 million in potential legal costs.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories