the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sekolah terbakar: Murid SJKT Ladang Ayer Tawar jalani PdPR – Exco

MANJUNG: Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Ayer Tawar dekat Sitiawan akan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bermula esok, susulan kebakaran di bangunan sekolah itu semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi negeri A. Sivanesan berkata 32 murid terlibat dengan pelaksanaan PdPR itu sehingga tamat sesi persekolahan pada Jumaat depan.

“Kita juga menunggu laporan lengkap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai soal keselamatan dan kerosakan yang dijangka diperoleh dalam masa terdekat,“ katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke sekolah itu hari ini.

Pada kejadian semalam, bangunan sekolah berusia 87 tahun itu musnah hampir 70 peratus dalam kebakaran yang merebak sehingga bahagian bumbung bangunan yang melibatkan tiga kelas, sebuah makmal sains, sebuah stor dan kantin sekolah.

Sementara itu, Sivanesan berkata pembinaan bangunan baharu sekolah itu telah siap, namun masih menunggu sijil layak menduduki (CF) daripada pihak berkuasa berkaitan.

Beliau berkata perkara itu telah mendapat perhatian Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad untuk dipercepat yang diharapkan akan membolehkan pelajar menggunakan bangunan baharu pada sesi persekolahan tahun ini.

Sivanesan juga memaklumkan semua murid sekolah itu akan menerima bantuan tambahan khas RM200 daripada Ahli Parlimen Beruas selain bantuan awal persekolahan RM150 bagi membeli peralatan persekolahan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings