the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Setiausaha politik Fahmi buat laporan polis terhadap Papagomo susulan kenyataan fitnah

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik kepada Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengesahkan pihaknya telah membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau “Sir Azri” susulan kenyataan fitnah berkaitan Festival Good Vibes.

Laporan itu dibuat Abdullah Izhar Mohamed Yusof pada 11.12 pagi tadi di Balai Polis Pantai susulan satu video berdurasi 3.24 saat di Facebook oleh Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai “Papagomo” yang didakwa telah memfitnah dan memburukkan kerajaan dengan menyatakan insiden ‘The 1975’ itu dirancang oleh kerajaan.

Abdullah Izhar dalam kenyataan hari ini berkata laporan itu dibuat bagi memohon pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk segera menyiasat akaun Facebook Sir Azri serta lelaki yang memfitnah kerajaan dalam video itu.

“Saya juga memohon pihak PDRM menyiasat semua platform media sosial milik Sir Azri untuk memastikan tiada sebarang fitnah dan berita palsu disebarkan kepada rakyat Malaysia. Perbuatan tersebut hanya akan menggugat keamanan serta keharmonian kaum dan agama,” katanya.

Dalam video itu, terdapat perbualan antara pemilik akaun Facebook berkenaan dengan seorang lelaki yang mendakwa dirinya bekas kru penganjur konsert terbabit.

Kenyataan itu turut memaklumkan pihak Cawangan Khas telah mendapatkan keterangan pengadu dan laporan itu dibuat bagi menafikan sekeras-kerasnya tuduhan fitnah yang dilakukan oleh individu terbabit.

Pengadu dilaporkan telah melihat hantaran Facebook berkenaan pada pukul 5.51 petang di Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, semalam.

Mengulas mengenai insiden “The 1975”, beliau berkata kerajaan telah mengambil langkah serta merta dengan membatalkan festival berkenaan namun isu itu dimanipulasi serta dijadikan platform oleh segelintir pihak yang bermotifkan politik demi menjatuhkan pihak kerajaan.

“Justeru itu, pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook dikenali ‘Sir Azri’ atau ‘Papagomo’ agar ianya tidak dijadikan ikutan kepada pihak lain dalam memfitnah kerajaan,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

From race circuit to global supply chains: DHL powers Formula E’s boldest season yet...

As the ABB FIA Formula E World Championship returns to Shanghai for the 2025/2026 Season, the world's premier all-electric racing Championship accelerates into its most ambitious chapter yet with a record 17 races across 11 global cities, including new circuits in Madrid and Miami.

China Hong Kong Motorsports Centre launches HK Youth Karting Championship 2026

China Hong Kong Motorsports Centre ("CHKMC") is pleased to announce the launch of HK Youth Karting Championship 2026, a new karting championship scheduled to take place on 15 (Sat) – 16 (Sun) August 2026 at Guangzhou Conghua International Circuit.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings