the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

 Siasatan kes mayat wanita dalam beg di Rembau hampir selesai

Polis Negeri Sembilan hampir selesai siasatan kes mayat wanita dalam beg di Rembau, dengan suspek utama dibawa ke lokasi jenayah untuk lengkapkan bukti

SEREMBAN: Siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau kini hampir selesai.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata pihaknya membawa suspek utama berusia 51 tahun ke rumah berkenaan malam tadi bagi melengkapkan bukti.

Beliau berkata tiada tangkapan lain dibuat setakat ini.

Pihaknya sedang melengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara bagi tujuan pendakwaan.

“Semalam suspek utama itu dibawa ke lokasi penemuan mayat sebagai prosedur untuk melengkapkan siasatan namun tiada barangan dirampas,” katanya.

Muhammad Idzam berkata keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) mayat tersebut mengambil masa kira-kira tiga bulan.

Namun, pihaknya tetap berusaha meneruskan pendakwaan dengan mengambil kira keterangan suspek.

Mayat wanita itu ditemukan dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni pada Khamis lepas.

Polis sebelum ini menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Identiti wanita itu belum dapat disahkan berikutan keadaan mayat yang sudah mereput.

Mangsa dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari.

Wanita itu dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Ampang, Selangor sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg dan ditanam.

Siasatan mendapati wanita itu dicekik selepas berlaku pertengkaran dengan suspek yang berusia 51 tahun di rumah mangsa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Data centres should be built away from homes’

'We believe data centres should not be located near residential areas due to their contribution to greenhouse gas emissions, noise pollution, urban heat island effect and (excessive) water consumption.'

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings