the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sifar miskin tegar di P.Pinang sejak September

GEORGE TOWN: Pulau Pinang mencatatkan angka sifar Ketua Isi Rumah miskin tegar sejak September 2025 selepas menunjukkan penurunan konsisten bermula Februari.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang Lim Siew Khim berkata angka sifar itu hasil proses pemutihan data lapangan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

“Angka sifar tidak semestinya bermaksud tiada orang susah, ia mungkin bermaksud tiada rekod berdaftar seseorang itu disahkan sebagai miskin tegar pada tarikh laporan,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan Negeri 2026 di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau menekankan data miskin tegar yang diterima kerajaan negeri adalah daripada ICU, Jabatan Perdana Menteri.

ICU telah menjalankan bancian dan proses pemutihan sebelum mengesahkan senarai miskin tegar.

Kriteria miskin tegar ditetapkan bagi pendapatan per kapita isi rumah kurang daripada RM315 manakala kerajaan negeri melalui Bantuan Agenda Ekonomi Saksama (BAES) meningkatkan kadar kepada RM322.

Setelah keluarga dikenal pasti sebagai miskin tegar melalui penilaian pendapatan dan verifikasi data, mesyuarat penyelarasan akan diadakan melibatkan semua jabatan dan agensi terlibat.

Mesyuarat ini bertujuan mengenal pasti bentuk intervensi serta bantuan yang boleh disalurkan oleh setiap agensi termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Pejabat Daerah dan PERKESO.

ICU berperanan sebagai penyelaras utama dalam memastikan setiap tindakan susulan dilaksanakan secara teratur dan menyeluruh.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings