the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Solidariti Kerajaan Perpaduan tetap kukuh, tidak goyah dengan cubaan pembangkang

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KLUANG: Kerajaan Perpaduan tetap kukuh walaupun pembangkang terus mencari jalan bagi menggoyahkan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hal ini menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga, termasuk jika pembangkang membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada persidangan Oktober ini.

“Kerajaan Perpaduan dengan adanya 153 sokongan Ahli Parlimen yang melebihi dua pertiga yakin solidariti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan ini akan terus kukuh dan tidak goyah walau apa pun yang cuba dilakukan pembangkang,“ katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Merealisasikan Rumah Mampu Milik Kluang di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri yang dilaporkan telah mencabar pembangkang membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat, bagi memastikan gesaan untuk beliau melepaskan jawatan dilakukan mengikut undang-undang.

Pada perkembangan lain, Onn Hafiz berkata penganjuran program di daerah ini dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ialah program untuk rakyat tanpa mengira fahaman politik.

“Ia bukan program politik, tetapi program untuk rakyat. Jadi, orang PN (Perikatan Nasional), BN, Pakatan Harapan (PH) atau sesiapa sahaja boleh pergi ke program berkenaan,“ katanya.

Onn Hafiz berkata demikian bagi mengulas tindakan PN yang membuat laporan polis semalam, mendakwa penganjuran program terbabit sebagai kesalahan pada pilihan raya.

PRK DUN Mahkota pada 28 Sept ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon PN Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

800,000 More Daily Journeys: Copenhagen’s Next Mobility Challenge

COPENHAGEN, DENMARK - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - There is something remarkable about Copenhagen.Stand in the city centre during rush hour and you will still hear bicycle bells, conversations spilling out from cafés and children walking to school.

Centriq PR Champions Purposeful Communication Through Social Impact Initiative

SELANGOR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - Centriq PR, independent Malaysian public relations consultancy, marked another milestone in its commitment to purposeful communication as Season 4 of its social impact initiative, We.R.Wira, culminated in the Golden Wira Awards Ceremony at Tan Yew Sing Auditorium, INTI International College Subang.

Most Viewed

spot_img