the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, January 25, 2026
24.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

SPA sasar lantikan 30,000 penjawat awam tahun ini

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyasarkan 30,000 lantikan penjawat awam tahun ini, selaras keperluan penggantian pegawai bersara

KUANTAN: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyasarkan 30,000 lantikan penjawat awam tahun ini.

Sasaran itu meningkat berbanding 25,000 lantikan yang dicapai pada 2025.

Pengerusi SPA Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata sasaran itu selari dengan keperluan penggantian pegawai bersara.

Ia juga sejajar usaha berterusan kerajaan memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

Beliau berkata permohonan bagi perkhidmatan awam mencatatkan penurunan kira-kira 200,000 pada tahun lepas berbanding 2024.

Namun, Ahmad Jailani optimis jumlah itu kembali meningkat pada 2026 dan 2027.

“Jumlah permohonan kepada SPA merekodkan sekitar 1.2 juta pada 2024 manakala tahun lepas menurun kepada satu juta,” katanya.

Beliau menjangkakan jumlah itu dapat dikekalkan semula pada paras lebih satu juta pada tahun ini.

Ahmad Jailani berkata demikian kepada pemberita pada program Kembara Kerjaya MADANI SPA Kuantan hari ini.

Beliau berkata penurunan permohonan itu disebabkan pelaksanaan syarat kelayakan baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Syarat baharu menetapkan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Syarat SPM ke atas mengurangkan bilangan permohonan bagi mereka yang hanya memiliki Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Penvalaian Menengah Rendah (PMR) atau kurang daripadanya.

Mengenai Kembara Kerjaya MADANI SPA Kuantan, beliau berkata program itu diadakan di Pahang buat kali pertama.

Ia sebahagian daripada usaha berterusan SPA mendekati golongan belia serta pencari kerja.

“Program ini diwujudkan bagi memastikan belia mendapat pendedahan dan maklumat tepat mengenai peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Program turut melibatkan temu duga terbuka bagi kategori Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli dan jawatan jururawat.

Kehadiran hari ini dijangka mencecah 1,500 peserta. 

Related

spot_img

Latest

Lebih 4,000 wanita di Melaka jalani saringan percuma HPV DNA

Seramai 4,003 wanita di Melaka telah menjalani saringan HPV DNA percuma sejak 2019, dengan 211 kes positif dikesan, kebanyakannya dalam kalangan wanita berusia 40 tahun ke atas.

Most Viewed

Lebih 4,000 wanita di Melaka jalani saringan percuma HPV DNA

Seramai 4,003 wanita di Melaka telah menjalani saringan HPV DNA percuma sejak 2019, dengan 211 kes positif dikesan, kebanyakannya dalam kalangan wanita berusia 40 tahun ke atas.
spot_img

Popular Categories