the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, November 25, 2025
26 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPR terima 472 laporan kesalahan kecil kempen PRN Sabah

SPR terima 472 laporan kesalahan kecil kempen PRN Sabah termasuk ceramah tanpa permit, pantau pengambilan gambar undi dan bersedia hadapi banjir

TAWAU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 472 laporan berkaitan kesalahan kecil semasa kempen Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 setakat semalam.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata kesalahan yang dilaporkan membabitkan bahan-bahan kempen termasuk ceramah tanpa permit.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada kita dan tindakan susulan akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pengundian Awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

Ramlan turut berharap tiada lagi pengundi mengambil gambar kertas undi semasa berada di dewan mengundi dan memuat naik imej berkenaan di media sosial.

“Kita harap tiada lagi kes seumpama itu. Langkah telah diambil, termasuk menyediakan tempat untuk pengundi meletakkan telefon sementara ketika masuk dewan mengundi.”

“Pegawai bertugas akan memantau dan memastikan tiada pengundi mengambil gambar ketika memangkah undi,” tambahnya.

Selain itu, Ramlan berkata SPR bersedia sepenuhnya menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku banjir pada hari pengundian 29 November.

“Kita akan pastikan proses pengundian berjalan lancar dengan mengambil prosedur operasi standard termasuk merujuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk panduan dan bantuan,” katanya.

Sabtu ini merupakan hari pengundian PRN Sabah ke-17 dengan seramai 1.76 juta pengundi biasa layak mengundi. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories