the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM siasat calon PKR, tiada bukti rasuah ditemui

Siasatan SPRM ke atas seorang calon pemilihan PKR mendapati tiada bukti rasuah, dengan aset dibeli melalui pinjaman bank dan simpanan peribadi

KUALA LUMPUR: Siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang calon yang bertanding semasa pemilihan PKR Mei lepas mendapati tiada sebarang bukti menunjukkan beliau menerima rasuah daripada mana-mana kontraktor atau pihak lain.

Sumber SPRM memaklumkan hasil keseluruhan siasatan mendapati semua sumber kewangan bagi pembelian aset yang dilakukan individu berkenaan adalah daripada simpanan peribadi serta hasil jualan perniagaan dan syarikat.

“Semakan aset mendapati beliau (calon) memiliki beberapa rumah kos sederhana serta beberapa kenderaan, semuanya dibeli melalui pinjaman bank yang sah.Tuduhan bahawa individu itu (calon) memiliki sebuah rumah ‘luar biasa’ di Port Dickson adalah tidak tepat. 

“Rumah itu sebenarnya merupakan aset pihak berkuasa tempatan yang melalui proses pelupusan biasa, dan permohonan pembelian dibuat pada harga RM55,000,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beberapa Ahli Majlis lain dilaporkan turut membeli rumah pada kadar yang sama dan semakan mendapati proses tersebut teratur serta mengikut prosedur.

Selain itu, individu berkenaan juga pernah menjalankan beberapa perniagaan sebelum menyertai politik, namun perniagaan berkenaan telah dijual.

Bagaimanapun nama pendaftarannya tidak dipindahkan kepada pemilik baharu di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), menyebabkan terdapat keperluan untuk memberi penjelasan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung hasil jualan.

Sumber turut memaklumkan individu berkenaan telah memberikan kerjasama dengan hadir bersama peguam semasa siasatan dilakukan.

Individu terbabit sebelum ini dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung dakwaan rasuah semasa memegang jawatan sebagai Ahli Majlis di sebuah pihak berkuasa tempatan di Lembah Klang.

Bagaimanapun semalam, SPRM menafikan tuduhan kononnya agensi itu digunakan untuk menyiasat calon-calon yang bertanding pada pemilihan PKR Mei lepas seperti didakwa bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dalam satu audio siar baru-baru ini.

Menurut SPRM, setiap aduan yang mempunyai asas akan melalui proses pengesahan dan siasatan mengikut undang-undang serta prosedur ditetapkan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Alt-R&B artiste Sailorr drops deluxe edition of debut album

Amid her ongoing run supporting Doja Cat on her headline Tour Ma Vie, Vietnamese-American alt-R&B artiste Sailorr has shared From Florida's Finest Delu/XXX [For My Delusional Ex], the deluxe edition of her acclaimed debut project From Florida's Finest, which debuted at number two on the Apple R&B charts and entered the Billboard R&B Albums chart in the Top 15. The deluxe edition arrives with four new tracks and is out now via BuVision/10K Projects.

Family of businessman who died in lockup awarded RM1.1 million

The Shah Alam High Court has awarded RM1.1 million in damages to the family of a businessman who died in police custody in 2018, after a court found authorities negligent.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories